Advokasi (Buli Siber)
20 Oktober 2018 | Aktiviti TerkiniPada 19 Oktober 2018 (Jumaat), Pusat Internet Rantau Panjang, Sibu telah mengadakan Kelas Advokasi yang bertajuk Buli Siber yang berobjektif kesedaran pengguna IT penting dan bermanafaatnya tentang Buli Siber yang berlaku dewasa ini. Kelas ini diadakan pada selama 2 jam dari jam 2:15 hingga 4:15 petang. Peserta yang hadir adalah dikalangan pelajar sekolah rendah.
Peserta didedahkan 5 video dari Youtube iaitu:
1. Buli Siber - Klik Dengan Bijak
2. Buli Siber - TVPSS Semarak
3. Buli Siber - Aina Yunus
4. Buli - Pertandingan Short Film Peringkat Kebangsaan
5. Cyber Bullying - Film Pendek alhafizh ramadhan
yang mana diharapkan para peserta dapat iktibar dari 2 filem pendek yang disediakan. Disamping itu juga, peserta disediakan 5 soalan berkaitan dengan Buli Siber bagi memantapkan pemahaman mereka. 5 soalan itu ialah;
1. Bagaimana Buli Siber berlaku?
2. Senaraikan 1 contoh Buli Siber?
3. Apakah punca berlakunya Buli Siber?
4. Mengapa Buli Siber berbahaya?
5. Bagaimana kita mengelak dari Buli Siber?
Melalui pemerhatian, peserta-peserta memberi respon positif dan penuh semangat menjawab soalan yang disediakan. Diharapkan dengan pendedahan ini dapat dimanafaatkan oleh peserta dengan baik untuk masa sekarang dan akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: